Wednesday 22 May 2013

Hari Pendaftaran Tingkatan Satu 2012

Sedang aku godek-godek fb sekolah, aku terjumpa satu gambar lama...tp takda lama sangat, tapi sebab pencahayaan menyebabkan gambar tu nampak cam beberapa tahun sudah berlalu...walaupun ia diambil pd tahun lepas..gambar ni ialah gambar semasa pendaftaran tingkatan satu 2012..

       Mendengar penerangan daripada PK HEM

Selalunya, bila melibatkan program pendaftaran tingkatan 1..guru kaunselor akan diberikan amanah untuk merancang dan mengendalikan perjalanan program, walaupun tugas sebenar kaunselor lebih kepada orientasi murid baru.

Kebiasaannya juga, kami akan ke sekolah rendah..SK Damansara Damai untuk memberi taklimat ringkas kepada murid tentang keperluan yg perlu dibawa semasa mendaftar nanti.


Tuesday 21 May 2013

Lawatan ke University of Nottingham, Semenyih

Aku dan kawan-kawan GBKSM Petaling Utama telah membuat lawatan ke University of Nottingham, Semenyih ari ni. Perjalanan kami bermula dari jam 8.00 pagi dan tiba lebih kurang 9 lebih di sana. Lawatan ni merupakan satu program anjuran MGK Petaling Utama.Lebih kurang 24 orang GBKSM telah hadir. 
Aku bertolak dari rumah aku dari jam enam pagi lagi bg elakkan kesesakan. Sampai di Stadium Kelana Jaya, tempat kami diminta berkumpul pada jam lebih 7.30..biasalah jalan sentiasa sesak di area Sg Buloh dan Petaling Jaya.

Kami tiba di sana dan disambut oleh pegawai bertugas..kemudian di bawa melawat sekitar bangunan, makmal dan perpustakaan. Boleh dikatakan tempatnya agak cantik walau tidak terlalu besar...tp agak besar jika dibandingkan dengan sekolah aku.