Wednesday 22 May 2013

Hari Pendaftaran Tingkatan Satu 2012

Sedang aku godek-godek fb sekolah, aku terjumpa satu gambar lama...tp takda lama sangat, tapi sebab pencahayaan menyebabkan gambar tu nampak cam beberapa tahun sudah berlalu...walaupun ia diambil pd tahun lepas..gambar ni ialah gambar semasa pendaftaran tingkatan satu 2012..

       Mendengar penerangan daripada PK HEM

Selalunya, bila melibatkan program pendaftaran tingkatan 1..guru kaunselor akan diberikan amanah untuk merancang dan mengendalikan perjalanan program, walaupun tugas sebenar kaunselor lebih kepada orientasi murid baru.

Kebiasaannya juga, kami akan ke sekolah rendah..SK Damansara Damai untuk memberi taklimat ringkas kepada murid tentang keperluan yg perlu dibawa semasa mendaftar nanti.


Tuesday 21 May 2013

Lawatan ke University of Nottingham, Semenyih

Aku dan kawan-kawan GBKSM Petaling Utama telah membuat lawatan ke University of Nottingham, Semenyih ari ni. Perjalanan kami bermula dari jam 8.00 pagi dan tiba lebih kurang 9 lebih di sana. Lawatan ni merupakan satu program anjuran MGK Petaling Utama.Lebih kurang 24 orang GBKSM telah hadir. 
Aku bertolak dari rumah aku dari jam enam pagi lagi bg elakkan kesesakan. Sampai di Stadium Kelana Jaya, tempat kami diminta berkumpul pada jam lebih 7.30..biasalah jalan sentiasa sesak di area Sg Buloh dan Petaling Jaya.

Kami tiba di sana dan disambut oleh pegawai bertugas..kemudian di bawa melawat sekitar bangunan, makmal dan perpustakaan. Boleh dikatakan tempatnya agak cantik walau tidak terlalu besar...tp agak besar jika dibandingkan dengan sekolah aku.


Friday 17 May 2013

Bunting Guru Penyayang

Korang da tengok design yang aku hasilkan untuk banner pelancaran guru penyayang? Kalau da, baguslah..skank ni aku nak kongsikan bunting yang aku hasilkan..

  

Banner Guru Penyayang

Salah satu program wajib dilaksanakan ialah program guru penyayang. Program ini mula diperkenalkan tahun lepas. Kali ini aku diamanahkan untuk menyiapkan banner bagi pelancaran program guru penyayang nanti. Jadi berbekalkan dengan sedikit pengetahuan dalam adobe photoshop maka terhasil lah...


yang bawah ni pulak, banner untuk digantung di kawasan pintu pagar sekolah...ukuran yang aku tempah ialah 10 kaki X 5 kaki..


amacam? suka tak dengan design ni? kalau korang berminat, nak minta aku design kan..boleh hantar pesanan di encsmile@yahoo.com atau hubungi aku..tapi dengan syarat bayaran tunai sahaja..ehe

Thursday 16 May 2013

Hadiah Hari Guru Yang Paling Dinanti

Arini 16 Mei..hari yg ditunggu oleh setiap insan yg bergelar guru. Mana taknya, dalam setahun...ari ni ari kami dirai, dihibur bagai anak kecil. Sambutan ari guru disekolah aku kali ini agak meriah, dengan tema warna merah yang menyerlah..tampak garang dan berani, tapi dalam hati mudah tersentuh tatkala murid bertemu sapa..

Air muka masing-masing nampak bersemangat kerana kesedondon pakaian yg dipakai..tambah riuh dengan gelak ketawa dan keseronokan bergambar, hinggakan abes sudut dan posisi diambil gambar..ehe.

Murid pula tidak kurang semangatnya, menghiburkan pendidik mereka dan paling seronok melihat murid memberi hadiah kepada guru. Mendapat hadiah daripada murid merupakan satu penghargaan, menunjukkan penat lelah kita dihargai walaupon hanya dengan sebungkus gula-gula.

Namun pada aku, hadiah yang paling aku nanti ialah disaat muridku tidak lagi bergelar murid. Tapi biar la di saat itu mereka bergelar seorang doktor, peguam, arkitek ataupun guru, menyambung tugas untuk satu generasi. Hadiah yang paling dinanti ialah di saat itu! Di saat mereka sudah berjaya, mereka datang kepada kami..cukup sahaja berterima kasih, tidak perlu nilai harta.

Hadiah yg cukup ku nanti juga, di saat mereka datang kepadaku di usia tuaku...lantas mereka berkata, "cikgu masih ingat saya?". Ya, disaat itulah, hadiah suatu masa...ketika kelam dalam ingatan, masih ada yang ingat. Barulah tampak keikhlasan untuk menghargai sungguh-sungguh..


Tuesday 14 May 2013

Antara Cinta Ilahi dan Kafarah Dosa

Hampir seminggu aku berasa lenguh2 badan. Bermula dari ari aku ditimpa ujan sehinggalah aku mengikuti taklimat di JPN..lbih kurang 3 hari aku terbaring usai saje menjejak kaki di rumah setelah pulang dari tempat...Alhamdulillah kini da semakin pulih setelah berehat sehari.

Benarlah..masa sihat adalah nikmat, kerana dengan kesihatan kita peroleh kekuatan dan kudrat untuk melaksanakan tugas dan amanah. Jika kesihatan terganggu, nak buat kerja pon mesti rasa nak merungut...ikhlas pon susah nk datang, nak tak nak buat kerja..he.

Namun, msa sakit juga nikmat. Mungkin saat kita leka bekerja, kita lupa ingatan pada Yang Esa. Lantas Tuhan menegur dan memperingati kita, mudahan kita ingat pada ingat..Mana taknya, masa sakit la nak mengadu..ingat pd Dia, Alhamduliillah, mujurlah Tuhan bg kita nikmat sakit...paling tidak pon kita akan segera ingat siapa yg memberi kita sakit, sudah tentu yg menciptakan kita.. sakit juga ibarat kafarah dosa, mungkin sudah terlalu banyak kita leka dan lalai, dan dosa yg belum dipinta ampun...Tuhan kirimkan sakit supaya kita sedar dimana kita berada..dan membuka ruang untuk kita bertaubat...

indahnya Cinta Illahi..


Saturday 11 May 2013

Cara Tukar Template Blog

1. SIGN IN blog...terus cari bhagian Blogger, klik pd blogs..Kemudian paparan berikut akan muncul. Klik pada icon dalam bulatan merah..cari TEMPLATE spt yg ditunjukkan anak panah.




2. Kemudian paparan dibawah muncul...klik pada BACKUP/ RESTORE spt dlm bulatan merah.



3. Hasilnya, muncul lah paparan ini...


 kemudian, download full template spt yg ditunjukkan anak panah merah..tujuannya untuk backup kandungan blog...in case apabila korang tsilap restore nti paling tidak, hasil penulisan korang takkan hilang...Kemudian, klik CHOOSE FILE..

4. Paparan berikut akan muncul...dan korang pilih la file yg telah korang download. Korang cuma perlu upload file tersebut...spt contoh yg ditunjukkan anak panah merah.


Korang boleh download dari sumber berikut...

http://btemplates.com/

http://www.blogskins.com/

actually banyak lagi contoh laman web yg membenarkan korang download template secara percuma..

5. Lastly, korang upload la template yg telah korang pilih...Selamat Mencuba!!



Friday 10 May 2013

Cara Memulakan Posting


1.  Bila korang SIGN IN atau buka emel blog korang, kebiasaannya page di bawah akan muncul..dan tentu korang tak tahu dan tercari-cari cara bagaimana nak mulakan POST baru…


Jadi, nampak tak bahagian yang telah dibulatkan dengan warna merah tu? Klik saje di perkataan BLOGS..

2. Kemudian paparan ini akan muncul...


Untuk memulakan POSTING baru..korang kena klik icon pensel, spti yang dibulatkan dalam bulatan merah.

3. Selepas itu, paparan ini pula akan muncul...


korang da boleh memulakan penulisan atau posting, untuk tajuk penulisan dalam ruangan bulatan merah dan isi penulisan dalam ruangan bulatan biru..selamat berkarya!

Cara buat blog


1.       Sign up melalui google mail atau pergi ke blogger.com. Klik butang SIGN UP…



2.       Penuhkan maklumat diruangan yang dikehendaki. Ikut “step” yang dinyatakan. Jika korang tak boleh lepasi tahap ini..ini mungkin berpunca daripada tahap umur korang yang masih belum cukup…



3.       Seterusnya klik “CONTINUE TO BLOGGER”

4.       Kemudian, cari nama untuk tajuk blog korang yg sesuai dgn kandungan blog..waktu ni, korang juga boleh pilih template yang sesuai untuk blog korang. Cuma klik pada sampel yang ada..
                                                                                                        

5.       Akhirnya selesai apabila korang klik "CREATE BLOG" dan blog korang dah aktif, korang dah boleh mula posting bahan dalam blog korang. Tahniah!

Friday 3 May 2013

Poison


Korang perasan tak lagu yg berkumandang di saat korang terjah blog aku? lagu yg first kuar...ea, lagu jepun tu..baik, arini aku nak kongsikan sedikit lirik lagu tu...tapi dalm bahasa inggeris la. Bagi aku, lirik ini sangat bermakna..hayati bersama, jom!!

I want to believeyou always, forever
I want to remember you until the bitter end
So that my i'll live a meaningfull life
I start to laugh as i look in your cold eyes
It's obvious that your spirit and will has been overrun
Is that why you just cry away your pain
In a world where we can't eversay what's in your heart
Poison
I won't lie to myself
I'll just live my own life
Oh oh
But in the real world we need to turn around and face the truth
In order to keep our pride
There will also come a time
Then we'll need to be ready to fight!

tajuk lagu ni ialah Poison, nyanyian Takashi Sorimachi. Bukan stakat lagu ni yg aku minat, bahkan citer dia pon aku minat. Apa yg bestnya tentang citer ni,ia magajar kita hidup untuk memperjuangkan apa yg kita nak..aku begitu terkesan dgn citer ni...shinggakan inspirasi aku untuk jd cikgu bermula dari cerita ni...oh ea, lupa nk bagitau..tajuk cerita ni ialah Greatest Teacher Onizuka (GTO)...dan lagu ni menjadi temanya...kalu korang berminat, komik dia pom masih ada skank ni...

Thursday 2 May 2013

Hari yang memenatkan

Alhamdulillah, hari ini satu tugasan telah aku sempurnakan...program yg dirancangkan seminggu sebelum ini berjaya sudah dilaksanakan...setelah bertungkus lumus mengadakan siri pertemuan, untuk pemilihan dan temuduga pembimbing rakan sebaya (PRS), akhirnya satu kursus asas telah aku jalankan untuk mereka.

Perjalanan program bermula dari jam 9.30 pagi dan dipecahkan kepada 4 slot. Melaksanakan program seumpama ini sangat menuntut kepada kesungguhan dan tenaga yang berpanjangan, cehh macam ayat iklan tv lak..haha, 

Walaupun hampir 80 peratus program ini aku jalankan dan sudah tentu memenatkan tetapi ia sgt menyeronokkan apabila peserta dapat menunjukkan semangat dan juga komitmen untuk mengikuti stiap pergerakan yang kita aturkan..

Secara tak langsung, aku dapat satu keyakinan baru ari ni dan aku percaya aku mampu untuk lakukan yang lebih terbaik dari ari ni...

Gambar program nati aku uploadkan di post yg akan datang..

Monday 29 April 2013

Ilmu yang tak diamal

sudah hampir setahun aku tinggalkan dunia blogger. Aku pon tak pasti sama ada banyak benda yng sudah berubah ataupon tahap ingatan yg berubah...lama sudah tidak godek2 blog, hinggakan aku terpaksa belajar dari A...untuk "mencanggihkan" lagi blog baru ni..

jika dulu, semudah abc nak tukar template, tambah itu ini..tp skank ni perlu bertatih-tatih..

betul la apa yg selalu dikata, hidup tanpa amal ni umpama pokok yang tak berbuah, akhirnya reput mati disitu..sehebat mana pom manusia, perlu sentiasa istiqamah dalam apa yg dilakukan...jika tidak, kita perlu belajar dari mula...


Taiko

Aku selalu dengar..dalam drama atau filem, selalu disebut taiko bg merujuk kpd ketua ataupun org yang hebat.. selalunya, taiko sebati dengan kumpulan atau geng yang ganas dan suka kepada pergaduhan..

aku cuba cari apakah sebenarnya maksud "taiko"..namun tak ada satu pon definisi tepat untuk maksud taiko.

jadi pada aku, taiko sebenarnya merujuk kepada ketua kepada sesuatu kumpulan. Ketua yang dipanggil taiko sudah tentu orang yang hebat atau lebih gempak jika dipanggil otai..maka tak salah jika sebagai pendidik, perlu ada sifat ketua supaya mampu nak didik anak2 dan generasi Y dengan cara yang selayaknya dngn peredaran masa. Paling tidak sebagai cikgu, kita adalah taiko kepada anak didik!