Friday 17 May 2013

Bunting Guru Penyayang

Korang da tengok design yang aku hasilkan untuk banner pelancaran guru penyayang? Kalau da, baguslah..skank ni aku nak kongsikan bunting yang aku hasilkan..

  

Banner Guru Penyayang

Salah satu program wajib dilaksanakan ialah program guru penyayang. Program ini mula diperkenalkan tahun lepas. Kali ini aku diamanahkan untuk menyiapkan banner bagi pelancaran program guru penyayang nanti. Jadi berbekalkan dengan sedikit pengetahuan dalam adobe photoshop maka terhasil lah...


yang bawah ni pulak, banner untuk digantung di kawasan pintu pagar sekolah...ukuran yang aku tempah ialah 10 kaki X 5 kaki..


amacam? suka tak dengan design ni? kalau korang berminat, nak minta aku design kan..boleh hantar pesanan di encsmile@yahoo.com atau hubungi aku..tapi dengan syarat bayaran tunai sahaja..ehe

Thursday 16 May 2013

Hadiah Hari Guru Yang Paling Dinanti

Arini 16 Mei..hari yg ditunggu oleh setiap insan yg bergelar guru. Mana taknya, dalam setahun...ari ni ari kami dirai, dihibur bagai anak kecil. Sambutan ari guru disekolah aku kali ini agak meriah, dengan tema warna merah yang menyerlah..tampak garang dan berani, tapi dalam hati mudah tersentuh tatkala murid bertemu sapa..

Air muka masing-masing nampak bersemangat kerana kesedondon pakaian yg dipakai..tambah riuh dengan gelak ketawa dan keseronokan bergambar, hinggakan abes sudut dan posisi diambil gambar..ehe.

Murid pula tidak kurang semangatnya, menghiburkan pendidik mereka dan paling seronok melihat murid memberi hadiah kepada guru. Mendapat hadiah daripada murid merupakan satu penghargaan, menunjukkan penat lelah kita dihargai walaupon hanya dengan sebungkus gula-gula.

Namun pada aku, hadiah yang paling aku nanti ialah disaat muridku tidak lagi bergelar murid. Tapi biar la di saat itu mereka bergelar seorang doktor, peguam, arkitek ataupun guru, menyambung tugas untuk satu generasi. Hadiah yang paling dinanti ialah di saat itu! Di saat mereka sudah berjaya, mereka datang kepada kami..cukup sahaja berterima kasih, tidak perlu nilai harta.

Hadiah yg cukup ku nanti juga, di saat mereka datang kepadaku di usia tuaku...lantas mereka berkata, "cikgu masih ingat saya?". Ya, disaat itulah, hadiah suatu masa...ketika kelam dalam ingatan, masih ada yang ingat. Barulah tampak keikhlasan untuk menghargai sungguh-sungguh..


Tuesday 14 May 2013

Antara Cinta Ilahi dan Kafarah Dosa

Hampir seminggu aku berasa lenguh2 badan. Bermula dari ari aku ditimpa ujan sehinggalah aku mengikuti taklimat di JPN..lbih kurang 3 hari aku terbaring usai saje menjejak kaki di rumah setelah pulang dari tempat...Alhamdulillah kini da semakin pulih setelah berehat sehari.

Benarlah..masa sihat adalah nikmat, kerana dengan kesihatan kita peroleh kekuatan dan kudrat untuk melaksanakan tugas dan amanah. Jika kesihatan terganggu, nak buat kerja pon mesti rasa nak merungut...ikhlas pon susah nk datang, nak tak nak buat kerja..he.

Namun, msa sakit juga nikmat. Mungkin saat kita leka bekerja, kita lupa ingatan pada Yang Esa. Lantas Tuhan menegur dan memperingati kita, mudahan kita ingat pada ingat..Mana taknya, masa sakit la nak mengadu..ingat pd Dia, Alhamduliillah, mujurlah Tuhan bg kita nikmat sakit...paling tidak pon kita akan segera ingat siapa yg memberi kita sakit, sudah tentu yg menciptakan kita.. sakit juga ibarat kafarah dosa, mungkin sudah terlalu banyak kita leka dan lalai, dan dosa yg belum dipinta ampun...Tuhan kirimkan sakit supaya kita sedar dimana kita berada..dan membuka ruang untuk kita bertaubat...

indahnya Cinta Illahi..