Tuesday 14 May 2013

Antara Cinta Ilahi dan Kafarah Dosa

Hampir seminggu aku berasa lenguh2 badan. Bermula dari ari aku ditimpa ujan sehinggalah aku mengikuti taklimat di JPN..lbih kurang 3 hari aku terbaring usai saje menjejak kaki di rumah setelah pulang dari tempat...Alhamdulillah kini da semakin pulih setelah berehat sehari.

Benarlah..masa sihat adalah nikmat, kerana dengan kesihatan kita peroleh kekuatan dan kudrat untuk melaksanakan tugas dan amanah. Jika kesihatan terganggu, nak buat kerja pon mesti rasa nak merungut...ikhlas pon susah nk datang, nak tak nak buat kerja..he.

Namun, msa sakit juga nikmat. Mungkin saat kita leka bekerja, kita lupa ingatan pada Yang Esa. Lantas Tuhan menegur dan memperingati kita, mudahan kita ingat pada ingat..Mana taknya, masa sakit la nak mengadu..ingat pd Dia, Alhamduliillah, mujurlah Tuhan bg kita nikmat sakit...paling tidak pon kita akan segera ingat siapa yg memberi kita sakit, sudah tentu yg menciptakan kita.. sakit juga ibarat kafarah dosa, mungkin sudah terlalu banyak kita leka dan lalai, dan dosa yg belum dipinta ampun...Tuhan kirimkan sakit supaya kita sedar dimana kita berada..dan membuka ruang untuk kita bertaubat...

indahnya Cinta Illahi..


No comments: